Pages

29 January 2011

gantungan tiada bertali

email ni aku sent kt tv3@news.com.my untuk mngtahui status kita sbgai PISMP pada tarikh 20.01.11 jam 8.45 malam telah di sent kan...

antara kandungan nya adalah



Gantungan tiada bertali…
Saya merupakan pelajar IPG keluaran ijazah yang pertama iaitu PISMP2007 yang telah tamat tempoh pengajian pada bulan 11 tahun 2010…
Malang bagi saya beserta 2000 pelajar lain yang sama tahun dengan saya kerana sehingga sekarang masih menggangur tanpa sebarang khabar dari pihak berwajib…
Tidak seperti yang dijanjikan, kami akan ditempatkan disekolah rendah apabila tamat pengajian tanpa perlu menggangur tetapi tidak menjadi kenyataan… 
Bertambah malang, tiada ulasan mengenai kelewatan dari pihak yang bertanggungjawab seperti BPG dan KPM di atas kelewatan penempatan kami…
Ini menyukarkan kami untuk mencari kerja sementara waktu kerana tiada waktu khusus diberikan untuk tempoh pengganguran ini..
Saya berharap pihak terbabit tampil untuk memberikan penjelesan tentang masalah yang dihadapi supaya kami pelajar PISMP tidak digantung ibarat tiada bertali kerana kami telah melalui tempoh pengajian yang lama 5 tahun ½.
Semakin lama isu penempatan ini berlarutan dikhuatiri akan melunturkan semangat kami bakal guru dari yang masih segar dengan idea-idea baru untuk menggalas tugas kami dalam mendidik anak bangsa..