Pages

06 December 2010

aduan rakyat

terkejut dengan berita yang mengatakan posting PISMP 07 mungkin tertunda, aku nebes punya pasal telah meng EMAILkan pertanyaan berkaitan bila tarikh posting berkenaan.. berikut adalah jawapan nya..




 
“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
 
Tuan/Puan,
 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan tuan/puan No. Rujukan : KPKPM 145992 / No. Tiket 03693 bertarikh 28hb November 2010 berkaitan dengan penempatan pelajar lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).
 
Untuk makluman tuan/puan, tiada tarikh tetap mengenai semakan keputusan penempatan guru bagi calon lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) akan dikeluarkan. Semakan boleh dilakukan melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan calon juga disarankan untuk menunggu surat tawaran yang yang akan diedarkan.
 
Penempatan bakal-bakal guru adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat, keperluan perkhidmatan dan opsyen pendidikan di sesebuah kawasan.
 
Adalah dinasihatkan supaya melayari laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my dari semasa ke semasa untuk mendapatkan pemberitahuan terkini berkaitan penempatan guru lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) tersebut.
 
Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu tuan/puan.
 
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM)  di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan tuan/puan seperti di atas.
 
Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.
 
Sekian.
 
“SEDIA BANTU”
 
Yang benar,
 
AMINAH BINTI SHUIB
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia

1 comment:

Anonymous said...

bini aku pun guru menganggur gak.n dah prnh emel kpm mcm yg awak bt. n jawapan sebijik sebulat mcm yg awak dpt.lucu pla..mcm kpm ni pakai template msj bila nk reply. aku terpikr jg...kpm ni btul ambik berat kat guru2 menganggur ke x? kalau susah sgt nk bg penempatan, pahal tawar kursus perguruan? siap sain2 perjanjian pulak tu..sabo je la..sekarang ni gstt pla dulu dpt penempatan n ada pla kerajaan ambik cikgu2 mat saleh yg dr amerika tu mengajar kat sekolah2.kot2 sebab suma ni la bnyk guru menganggur.. diharapkan pihak yg berkenaan bertanggungjawab la ye...