Pages

16 March 2011

MENONGKAH ARUS



MENJANA ARUS PERUBAHAN


Renungan


TAKBIR……. ALLAHUAKBAR


Dalam mengharungi arus perubahan yang menjanjikan situasi yang serba berkemungkinan, kita berdiri persis pahlawan yang berada di barisan hadapan. Walaupun bentuk perjuangan ktia berbeza jika dibandingkan dengan seorang tentera, tetapi tanggungjawab dan amanah yang kita pikul sebenarnya lebih berat. Tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa maju mundur dan jatuh bangunnya Negara adalah ditangan kita. Hakikat dan kenyataan bahawa harapan dan tuntutan Negara terhadap kita terlalu besar hendaklah diinsafi.

Kedatangan idea baru dalam kehidupan manusia biasanya menimbulkan interpretasi yang berbeza. Kebanyakannya cenderung melihat aspek negative dan masalah. Golongan ini biasanya terus menolak idea tersebut dengan alas an-alasan yang dicipta mengikut pendapat dan selera sendiri.
Sebenarnya mereka penentang pembangunan dan pembaharuan. Dihati kecil mereka tersembunyi rasa ketakutan kalau-kalau idea yang baru itu akan menyusahkan mereka, setidak-tidaknya merampas keselesaan yang sedia ada. Hasrat dan cita-cita melangit dan harapan yang menggunung akan hancur tanpa komitmen semua pihak. Sikap keterbukaan dan anjakan paradigm diri perlu kita miliki. Disamping itu, setiap perlaksanaannya hendaklah difahami dan menghayati matlamat yang ditetapkan. 


Dalam usaha melaksanakannya secara  berterusan dan berorentasikan kecermerlangan kesedaran dan komitmen adalah prasyarat utama. Kita perlu memandang jauh meramal dan menjangkau masa hadapan dan membuat persiapan kea rah menserasikan tindakan kita. Percaturan yag salah sebagai impak kejahilan dan ketidaktelitian akan membawa padah, menghancurkan generasi dan meruntuhkan Negara. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita… AMIN…

No comments: